Assalamualaikum wtb.. Alhamdulillah... Ibarat seperti "sambil menyelam minum air".. Itulah pepatah yang serasanya paling sesuai untuk digambarkan dengan perasaan penghuni-penghuni KKHY pada masa ini. Mengapa menyelam sambil minum air?? Mesti ramai yang tertanya-tanya kerana secara kasarnya, pepatah ini nampaknya seperti tidak sesuai dengan tajuk yang diutarakan...
Mengapa?? Kenapa??
Pertama, memandangkan esok merupakan sambutan hari kebesaran (Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW), anak-anak sedang sibuk menyediakan kelengkapan masing-masing sambil dibimbing oleh ayah-ayah dan ibu-ibu... Terasa kemeriahan seperti orang bandar balik ke kampung untuk beraya... Di sana.. Di sini.. Riuh dengan bunyi anak-anak meminta untuk ditolong.. In shaa Allah menjelang esok, segala-galanya sudah tersedia dengan anak-anak lengkap berpakaian segak untuk meraikan Maulidur Rasul...
Tetapi, apa kaitannya dengan pepatah "sambil menyelam minum air" ????
Dengan kemeriahan ayah-ayah, ibu-ibu dan anak-anak dalam mempersiapkan kelengkapan untuk keesokan harinya, datang pula abang-abang Bomba untuk membantu menghulurkan bantuan.. Alhamdulillah.. Semoga rezeki abang-abang Bomba ini bertambah murah dan bertambah-tambah rezeki mereka dunia akhirat..
Bantuan apa yang dihulurkan??
Dengan 'bersenjatakan' dua buah jentera besar, abang-abang Bomba ini telah membantu menghulurkan bantuan dari segi mencabut rumput-rumput atau tumbuhan-tumbuhan yang tumbuh di atap-atap bangunan di sekitar kawasan kompleks... Andai ayah-ayah, ibu-ibu dan anak-anak yang diharapkan untuk membuang kekotoran seperti itu, alamatnya samapai bila-bila pun, in shaa Allah belum terbuang.. Bukan bererti malas, tetapi bangunan kompleks ini tidak dapat dipanjat dengan menggunakan kelengkapan tangga biasa.. Pada asalnya, pihak kami merancang ingin meminta bantuan superhero-superhero di luar seperti SUPERMAN, SPIDERMAN, ULTRAMAN dan yang seumpanya, tetapi memandangkan adiwira ini semuanya sibuk membuat persediaan Maulud, terpaksalah abang-abang Bomba menjadi adiwira kami... (angan-angan Bawang Puteh)..
Jadi, dapat 'connect'kan pepatah dengan kenyataan yang diberi?? Secara ringkasnya, admin ingin menyatakan yang pihak kami mendapat 2 kebaikan dalam satu perkara... Pertama, kemeriahan yang dirasai anak-anak pada masa ini dan kedua, pertolongan ikhlas dari abang-abang Bomba... We Love Bomba..
Terdapat beberapa gambar telah dimuatnaik dalam http://www.facebook.com/peryatimkkhy sepanjang kehadiran abang-abang Bomba di kompleks pada hari ini...
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
No comments:
Post a Comment