Monday, 14 January 2013

12 Januari 2013 - Bengkel Agama & Ketibaan Bas Baru (QMT 8422)

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang mulia, bulan kelahiran Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.. In shaa Allah admin akan update aktiviti-aktiviti kami sepanjang bulan ini.. Tetapi, sebelum itu, admin bagi pihak KKHY ingin mengucapkan terima kasih pada pihak JAIS Cawangan Miri kerana dengan kerjasama jabatan ini, maka segala perancangan untuk mengadakan bengkel agama pada tahun ini akhirnya mencapai objektif…
Di bawah merupakan beberapa gambar sepanjang berlangsungnya program selama 2hari 1malam yang bermula pada hari Sabtu, 12 Januari 2013/30 Safar 1434H di kawasan KKHY. Macam ikut tema Bandaraya Miri pula kala melihat anak-anak berbaju serba hijau.. Semangat “Go Green”…
 
 Acara Pecah Ais atau lebih sinonim dengan panggilan Ice-Breaking sedang dilaksanakan.
 
Salah satu Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dijalankan.
 Sesi pembentangan sedang dilakukan oleh salah sebuah kumpulan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung dan in shaa Allah semua yang dipejari, akan dapat dimanafaat oleh anak-anak bukan sahaja sepanjang di bawah pengawasan kami, tetapi juga setelah tamat pembelajaran mereka kelak. In Shaa Allah..

Pada tanggal (12 Januari 2013) yang cukup bertuah ini juga, admin bagi pihak KKHY dan juga pihak LKAYS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penderma kami yang sebelum ini kerana dengan hasil derma yang telah disalurkan kepada pihak kami untuk pembangunan anak-anak, maka kami telah berjaya untuk membeli sebuah bas baru untuk mempermudahkan urusan anak-anak.







Alhamdulillah, setelah hampir 15 jam perjalanan dari Kuching ke Miri, akhirnya bas tiba ke KKHY tepat jam 4 petang. In Shaa Allah setiap hasil derma daripada orang ramai yang menyumbang ke arah pembelian bas ini, pahalanya akan kembali kepada par apenderma tiap kali bas ini digunakan oleh anak-anak kami. Terima kasih admin ucapkan kepada ayah pemandu dari Kuching, Ayah Hipni dan juga ayah pemandu dari Miri, Ayah Saiman kerana sudi memandu bas sejauh hampir 1000km semata-mata untuk keselesaan anak-anak. In Shaa Allah setiap detik perjalanan yang anda lalui, akan dikira sebagai pahala. 

No comments:

Post a Comment