Wednesday, 23 January 2013

24012013 - Perarakan Maulidur Rasul SAW Peringkat Miri


Assalamualaikum wtb.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Tiada ungkapan sesempurna kalimah La Ila Ha Ilallah Muhammadur Rasulullah... 
Puji dan syukur ke hadrat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan segala kebaikan disandarkan kepada Allah SWT.. 

Tanggal 24 Januari 2013.. 12 Rabiulawal 1434H... Tarikh keramat.. Tarikh yang pastinya akan dirindui oleh ramai umat Nabi Muhammad SAW... Pada hari, tika dan saat ini, pasti ramai yang bergumbira, seantero dunia.. Dengan perarakan, dengan maulid, dengan keramaian, dengan makan-makan dan lain-lain lagi aktiviti  yang dilakukan...

Miri.... Salah sebuah bandar di dalam Sarawak, Malaysia turut tidak terkecuali meraikan Maulid Nabi SAW..



Seawal jam 6:30 pagi, Dewan Suarah Miri telah dipenuhi dengan orang ramai yang merindui Nabi Muhammad SAW.. Masing-masing dengan kelengkapan seperti Banner, Kompang, Rebana, dan bermacam lagi kelengkapan telah tersedia... Pelbagai gelagat dapat dilihat... Dikala orang ramai sibuk mempersiapkan "kereta berhias" masing-masing, kelihatan 2 buah bas berwarna hijau berhenti di tepi jalan... Uissshhh.. Serba jingga @ orange makhluk-makhluk Allah yang keluar dari badan bas... HHmmm... Apabila dilihat dan diperhati dengan teliti.... OOOOOOooooo... Ini anak-anak dari Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup...







Yang laki-laki kacak-kacak sungguh... Yang perempuannya, ayu-ayu, sopan-sopan, cantik-cantik belaka... Sejuk hati kala melihat... Ehh... Ayah-ayah, ibu-ibu nya mana??? UUpppsss... Yang serba maroon tu ek??
Uisshhh.. "Tagep" sungguh kakitangan-kakitangan ni.... Semangat untuk memuji dan mengagungkan baginda Rasul SAW nampaknya semakin berkobar-kobar...

Setelah persembahan selawat, dua ucapan selamat dan bacaan doa, pada lebih kurang pukul 8 pagi, tibalah ke acara kemuncak ... Pelepasan kontijen-kontijen perarakan... Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup telah berdaftar di bawah kumpulan C dimana ianya mewakili IPTS, Syarikat Swasta, badan - badan kebajikan, dan badan - badan bukan kerajaan... 

Dengan lafaz rasmi Bismillahirrahmanirrahim, kontijen KKHY pun dilepaskan.. Dengan kekemasan baju dan barisan.. Sungguh indah mata memandang... Perarakan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit di mana kesemua peserta perarakan akan berjalan lebih kurang 10 - 20 km... Bunyi macam mustahil, tetapi bilamana kita merindui kekasih Allah, in shaa Allah kerja kita akan dipermudahkan dan hasilnya, kesemua perserta perarakan berjaya menghabiskan jalan dengan keadaan yang selamat dan gumbira...




Di dalam perjalanan, sungguh indah dan berwarna-warni keadaan dan anak-anak KKHY ibarat bunga di dalam taman... Kenapa bunga di dalam taman?? Dengan pakaian yang "striking", dapat dilihat dari jauh kehadiran anak-anak KKHY.. Seperti mana yang diperkatakan dalam entry sebelum ini, di mana anak-anak bersemangat melakukan persediaan untuk sambutan Maulud Nabi SAW ini, itulah juga yang dapat dilihat ketika perarakan... Dengan berbekallah selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, anak-anak begitu bersemangat mengalunkan zikir dan selawat ini... Menakjubkan, apabila mereka mampu berselawat hampir di setiap masa dan tika ketika perarakan... SubhanaAllah... Sungguh Allah telah mempermudahkan urusan hamba-hambaNya...

Tepat jam 10:00 pagi, kontijen KKHY tiba semula ke kawasan Dewan Suarah dengan semangat yang berkobar-kobar... Kata salah seorang ustaz urusetia, "Pusing segek round gik kitak orang, best nangga takorang semangat camya"... Geli rasa hati... Ustaz, in shaa Allah boleh tapi dengan SYARAT... Guna kenderaan lerrrr... Ahahahaaaa....







Usai semua kontijen tiba di kawasan Dewan Suarah, persembahan nasyid pun mula dipersembahkan oleh salah sebuah kumpulan nasyid di kawasan Miri... Addduuuuuhhhh.. Merdu sungguh suara mengalunkan puji-pujian dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..... Selesai persembahan, pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan mula diumumkan... 

Kecewa, bangga, dan bersyukur... Bercampur baur perasaan anak-anak tatkala mendengar nama pemenang-pemenang disebut dan dalam banyak-banyak pemenang, KKHY nampaknya masih belum menampakkan tanda-tanda akan diumumkan sebagai pemenang... Yaa.. Betull... Kecewanya, KKHY tidak mendapat sebarang nombor secara zahirnya.. Tetapi dalam masa yang sama, perasaan bangga hadir kerana anak-anak berjaya memuji dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW... Diharap agar perasaan bangga ini tidak akan berubah menjadi riak yang mana, ianya bisa merosakkan diri sendiri di kemudian hari kelak... Usai persembahan, anak-anak akhirnya dapat melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana setiap perancang, akhirnya mencapai objektif...





Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kerana tanpa bantuan, sokongan dan panduan dari anda semua, mustahil bagi KKHY untuk ikut serta dalam memuji dan menganungkan junjungan besar, Rasul Muhammad SAW... Penutup segala nabi, yang juga penghulu kepada seluruh Bani Adam di muka bumi Allah ini... 

Diharap, masa mendatang, kita semua akan lebih berusaha lagi dan pihak penganjur diharap dapat menyediakan kaasan yang lebih selesa lagi untuk para peserta.. Bukan merungut, tetapi jika dilihat pada hari ini, kawasan Dewan Suarah nampaknya akan tidak mampu menampung jumlah peserta-perserta pada masa hadapan... 

Banyak lagi gambar yang ingin admin kongsikan.. In shaa Allah gambar-gambar laen, admin akan upload di page kami... Sila rajinkan diri anda untuk browse di sana ek??? 

Assalamualaikum wtb...


23012013 - Terima Kasih Abang Bomba

Assalamualaikum wtb.. Alhamdulillah... Ibarat seperti  "sambil menyelam minum air".. Itulah pepatah yang serasanya paling sesuai untuk digambarkan dengan perasaan penghuni-penghuni KKHY pada masa ini. Mengapa menyelam sambil minum air?? Mesti ramai yang tertanya-tanya kerana secara kasarnya, pepatah ini nampaknya seperti tidak sesuai dengan tajuk yang diutarakan...

Mengapa?? Kenapa?? 

Pertama, memandangkan esok merupakan sambutan hari kebesaran (Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW), anak-anak sedang sibuk menyediakan kelengkapan masing-masing sambil dibimbing oleh ayah-ayah dan ibu-ibu... Terasa kemeriahan seperti orang bandar balik ke kampung untuk beraya... Di sana.. Di sini.. Riuh dengan bunyi anak-anak meminta untuk ditolong.. In shaa Allah menjelang esok, segala-galanya sudah tersedia dengan anak-anak lengkap berpakaian segak untuk meraikan Maulidur Rasul... 

Tetapi, apa kaitannya dengan pepatah "sambil menyelam minum air" ????

Dengan kemeriahan ayah-ayah, ibu-ibu dan anak-anak dalam mempersiapkan kelengkapan untuk keesokan harinya, datang pula abang-abang Bomba untuk membantu menghulurkan bantuan.. Alhamdulillah.. Semoga rezeki abang-abang Bomba ini bertambah murah dan bertambah-tambah rezeki mereka dunia akhirat.. 

Bantuan apa yang dihulurkan??

Dengan 'bersenjatakan' dua buah jentera besar, abang-abang Bomba ini telah membantu menghulurkan bantuan dari segi mencabut rumput-rumput atau tumbuhan-tumbuhan yang tumbuh di atap-atap bangunan di sekitar kawasan kompleks... Andai ayah-ayah, ibu-ibu dan anak-anak yang diharapkan untuk membuang kekotoran seperti itu, alamatnya samapai bila-bila pun, in shaa Allah belum terbuang.. Bukan bererti malas, tetapi bangunan kompleks ini tidak dapat dipanjat dengan menggunakan kelengkapan tangga biasa.. Pada asalnya, pihak kami merancang ingin meminta bantuan superhero-superhero di luar seperti SUPERMAN, SPIDERMAN, ULTRAMAN dan yang seumpanya, tetapi memandangkan adiwira ini semuanya sibuk membuat persediaan Maulud, terpaksalah abang-abang Bomba menjadi adiwira kami... (angan-angan Bawang Puteh)..

Jadi, dapat 'connect'kan pepatah dengan kenyataan yang diberi?? Secara ringkasnya, admin ingin menyatakan yang pihak kami mendapat 2 kebaikan dalam satu perkara... Pertama, kemeriahan yang dirasai anak-anak pada masa ini dan kedua, pertolongan ikhlas dari abang-abang Bomba... We Love Bomba..

Terdapat beberapa gambar telah dimuatnaik dalam http://www.facebook.com/peryatimkkhy sepanjang kehadiran abang-abang Bomba di kompleks pada hari ini... 

KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA


Thursday, 17 January 2013

18 Januari 2013 - Data Penuh Anak-Anak


Assalamualaikum wtb.. In Shaa Allah entry kali ini, admin akan berkongsi data anakanak yang berada di bawah jagaan KKHY... Setakat entry ini ditulis, seramai 27 orang anak lelaki dan 43 orang anak perempuan telah mendaftarkan diri pada tahun 2013. Ini menjadikan jumlah anak-anak yang berada di bawah jagaan pihak KKHY adalah seramai 70 orang..

Berikut merupakan senarai nama anak-anak lelaki dan perempuan bagi memudahkan orang awam untuk membuat rujukan.

Senarai Anak-Anak Lelaki 2013

Senarai Anak-Anak Perempuan 2013
bagi memdahkan orang ramai, di sini admin akan ringkaskan atau sinopsiskan lagi akan data anak-anak ini.

Anak Lelaki                = 27 Orang
       Sekolah Rendah   =   8 Orang
       Sekolah Menegah = 19 Orang

Anak Perempuan        =  43 Orang
       Sekolah Rendah   =   6 Orang
       Sekolah Menegah = 37 Orang


Jumlah Semua             = 70 Orang





Monday, 14 January 2013

15012013 - Adik Baharu Kami & Penyelesaian Kecelaruan


Assalamualaikum wbt.. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa maksud entry kali ni.. Entry kali ni, admin cuma nak berkongsi kegumbiraan kerana sekarang secara rasminya, adik kami, iaitu laman rasmi sosial untuk Kompleks Kebajikan hamidah Yakup (KKHY) telah pun wujud.. Alhamdulillah, satu lagi pintu untuk kita semua berbuat kebajikan, kebaikan dan seterusnya beroleh redha Ilahi telah pun wujud..

http://www.facebook.com/peryatimkkhy

In shaa Allah, jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, bolehlah terus comment atau Private Message (PM) di ruangan FB kerana kedua-dua laman rasmi ini, adalah di bawah pengawasan admin yang sama.. Jadi in shaa Allah, tidak akan timbul sebarang kemusykilan atau jawapan yang bercanggah kerana segala apa jawapan yang akan diberikan kepada mana-mana soalan, admin akan berbincang dengan pihak atasan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan entry bagi jawapan...

Sebagai contoh, baru-baru ini, pihak kami telah menerima satu aduan berhubung dengan kutipan wang derma atau dengan bahsa kurang sopannya, meminta sedekah oleh kanak-kanak di sekitar kawasan Bandaraya Miri, dan lebih malang lagi, mereka-mereka ini telah menjual atau memperdagangkan nama Rumah Anak Yatim Miri dimana secara sinonimnya, apabila disebut sahaja Rumah Anak Yatim Miri, semua mata akan tertumpu kepada kami..

Jadi, di sini ingin kami jelaskan... 

Segala jualan seperti kalendar, buku-buku, minyak angin atau apa-apa jualan di mana-mana sekalipun di kawasan Bandaraya Miri, atau terdapat kanak-kanak meminta sedekah di tepi - tepi jalan bukanlah datang dari pihak kami, dan kami berharap mana-mana individu yang terjumpa mereka-mereka ini, segera laporkan kepada pihak polis kerana dikhuatiri mereka bergerak di bawah sebuah sindiket haram...

Diharap segala kecelaruan berhubung dengan kes meminta sesekah ini terjawab dengan penjelasan yang admin telah jelaskan... Terdapat sebarang persoalan, boleh terus hubungi kami di talian 

085-408422..

12 Januari 2013 - Bengkel Agama & Ketibaan Bas Baru (QMT 8422)

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang mulia, bulan kelahiran Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.. In shaa Allah admin akan update aktiviti-aktiviti kami sepanjang bulan ini.. Tetapi, sebelum itu, admin bagi pihak KKHY ingin mengucapkan terima kasih pada pihak JAIS Cawangan Miri kerana dengan kerjasama jabatan ini, maka segala perancangan untuk mengadakan bengkel agama pada tahun ini akhirnya mencapai objektif…
Di bawah merupakan beberapa gambar sepanjang berlangsungnya program selama 2hari 1malam yang bermula pada hari Sabtu, 12 Januari 2013/30 Safar 1434H di kawasan KKHY. Macam ikut tema Bandaraya Miri pula kala melihat anak-anak berbaju serba hijau.. Semangat “Go Green”…
 
 Acara Pecah Ais atau lebih sinonim dengan panggilan Ice-Breaking sedang dilaksanakan.
 
Salah satu Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dijalankan.
 Sesi pembentangan sedang dilakukan oleh salah sebuah kumpulan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung dan in shaa Allah semua yang dipejari, akan dapat dimanafaat oleh anak-anak bukan sahaja sepanjang di bawah pengawasan kami, tetapi juga setelah tamat pembelajaran mereka kelak. In Shaa Allah..

Pada tanggal (12 Januari 2013) yang cukup bertuah ini juga, admin bagi pihak KKHY dan juga pihak LKAYS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penderma kami yang sebelum ini kerana dengan hasil derma yang telah disalurkan kepada pihak kami untuk pembangunan anak-anak, maka kami telah berjaya untuk membeli sebuah bas baru untuk mempermudahkan urusan anak-anak.







Alhamdulillah, setelah hampir 15 jam perjalanan dari Kuching ke Miri, akhirnya bas tiba ke KKHY tepat jam 4 petang. In Shaa Allah setiap hasil derma daripada orang ramai yang menyumbang ke arah pembelian bas ini, pahalanya akan kembali kepada par apenderma tiap kali bas ini digunakan oleh anak-anak kami. Terima kasih admin ucapkan kepada ayah pemandu dari Kuching, Ayah Hipni dan juga ayah pemandu dari Miri, Ayah Saiman kerana sudi memandu bas sejauh hampir 1000km semata-mata untuk keselesaan anak-anak. In Shaa Allah setiap detik perjalanan yang anda lalui, akan dikira sebagai pahala. 

Tuesday, 8 January 2013

New Year! New We!


Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Semesta Alam kerana dengan limpah dan kurniaNya, laman blog rasmi Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup (KKHY), Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (LKAYS) Cawangan Miri akhirnya tertubuh jua. Selawat dan syukur ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang telah mempersaudarakan kita sehingga saat ini dengan kalimah syahadah yang mulia. Setelah bertahun usaha pihak kami ingin mewujudkan laman rasmi sebagai alternatif perhubungan dengan orang awam, akhirnya tanggal 8 Januari 2013M, bersamaan 26 Safar 1434H, blog ini akhirnya tertubuh jua. Alhamdulillah.

Mungkin ramai yang tertanya, apa itu Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup (KKHY)? Di mana letaknya? Apa fungsinya? Dan pelbagai lagi persoalan yang mungkin akan menerjah minda. Awal permulaan, biarlah kita bercerita tentang  sejarah penubuhan KKHY atau lebih dikenali dengan PERYATIM Miri di kalangan masyarakat tempatan. Jom ikuti kisah kami.........

PERYATIM Miri mula diwujudkan pada penghujung 2004, di mana pejabat pertama telah ditempatkan di Pertubuhan Jati Merek, Miri di Jalan Krokop dan pada awal tahun 2005, PERYATIM Miri telah berpindah ke pejabat dan penempatan baru di Taman Bumiko, Miri. Selama 4 tahun bermastautin di Taman Bumiko, Miri akhirnya pada bulan Jun 2008, penghuni serta kakitangan telah berpindah ke penempatan kekal iaitu di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup (KKHY) yang beralamat di:- 

Lot 2930, Blok 6, Kuala Baram Land District(KBLD) Desa Indah 3, 98107 Miri.

Permulaan pembukaan KKHY, ramai yang tercari-cari di mana letaknya KKHY  kerana kedudukan yang agak tersembunyi di dalam kawasan perumahan dan masalah ini masih lagi di alami sehingga ke hari ini. Melihat pada alamatnya, pasti semakin ramai yang keliru kerana apabila di “search” dalam mana-mana “application” terkini, tiada jawapan tepat yang akan diberikan. Bagi penduduk tempatan dan kawasan sekitar, apabila disebut E-Mart Miri dan Shell McD DriveThru, pastilah mereka segera mengetahui kedudukan kedua-dua destinasi tersebut. Ketahuilah juga bahawasanya KKHY ini terletak di antara kedua-duanya dan in shaa Allah, pada entry mendatang, admin akan menerangkan selengkapnya cara atau jalan untuk sampai ke KKHY.

Apa fungsi KKHY? Kami Bertanggungjawab ke atas Kebajikan Anak-Anak Yatim di Sarawak, terutamanya di Kawasan Zon Utara dalam menyediakan kehidupan dari segi ilmiah dan rohani yang sempurna. Secara terperinci, admin telah mensertakan secara terperinci fungsi KKHY pada masa kini di bahagian pendahuluan.

Pelbagai lagi persoalan yang telah dikemukakan oleh orang awam berkenaan dengan KKHY dan entry seterusnya, admin akan menyenaraikan persoalan dan jawapan bagi setiap satu soalan dan andai kata ada kemusykilan, kami di KKHY bersedia menerima sebarang panggilan atau sebarang alternatif untuk berhubung dari orang awam kepada pihak kami.

In shaa Allah dengan wujudnya laman rasmi blog KKHY ini, orang awam khususnya mereka yang ingin membantu akan dapat maklumat yang secukupnya dari pihak kami.