Saturday, 15 June 2013

01032013 - Qasidah? Jom.... Kamek Sayang Rasul




Assalamualaikum wtb... Entry kali ni, InsyaAllah admin akan ceritakan pengalaman kali pertama anak-anak dibawa ke surau luar, untuk mengikuti salah satu acara atau medium dalam mencurahkan rasa kerinduan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, "QASIDAH".

1 Mac 2013 lepas, anak-anak telah dibawa ke Surau Pujut 9, Miri dan diberi sedikit pendedahan berkaitan dengan Qasidah. Majlis yang dipimpin oleh Saudara Azrul Jaini, nampaknya makin galak dihadiri oleh remaja-remaja yang rindukan penghulu kita.

Anak-Anak & Remaja Miri tengah asyik dengan penerangan
Saudara Abang Azrul Jaini, memimpin qasidah untuk Surau Pujut 9, Miri.

Jom berqasidah..

Lihat di atas, beberapa orang remaja dan anak-anak KKHY sedang memperhalusi qasidah  walaupun kebanyakannya  amatur; terutamanya anak-anak KKHY..
Anak-Anak KKHY mencuba untuk bermain alat muzik, mengiringi alunan indah qasidah.

Semoga dengan pendedahan seni qasidah kepada anak-anak KKHY, timbul minat dalam diri mereka untuk bersama-sama memuji Nabi Muhammad SAW, dengan cara selain dari bernasyid..

Terima kasih buat ahli qasidah Surau Pujut 9 Miri kerana sudi menerima kedatangan kami, dan semoga; ini bukanlah kali pertama dan terakhir kita berganding bahu bagi menambahkan rasa mahabbah kepada Junjungan Tercinta, Nabi Muhammad SAW...

Sedikit hadiah dari pihak KKHY, collage untuk memori bersama yang telah dipahat di Surau Pujut 9, Miri Sarawak pada tanggal 1 Mac 2013...

1 comment: