Sunday, 23 June 2013

April & Mei - Aktiviti Mekorg Bulan 4 & 5 2013


Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Allah Azza Wa Jalla kerana dengan limpah kurnia dan keberkatanNya, insyaAllah admin dapat siapkan entry kali ni.. Hadiah salam dan selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat, para tabii' tabiin serta umat Islam sekaliannya...

Entry kali ini, insyaAllah kita akan bercerita aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang bulan April & Mei 2013...







IPG Kampus Miri... Terima kasih, thank you, nandre, arigato... Kehadiran anda menceriakan anak-anak..
Pelbagai kerenah anak-anak dapat kita lihat.. Terpancar keceriaan anak-anak..
Sekali lagi, terima kasih cikgu cikgi... Biar jauh dimata, tapi gambar dapat menawar rindu...
Ini yang pertama kita bekerjasama, tapi jangan ini menjadi yang terakhir kita bersua muka..
Boh jerak.. Mekorg xmakan orang.. 
IPG terbaik... Moga jadi pendidik yang dapat mencerahkan jiwa dan sanubari anak-anak murid...
Berik makan jasmani, boh lupa rohani sidak...
Peace..







Program Khidmat Masyarakat dari pelatih PLKN Miri... Terima kasih kakak-kakak dan abang-abang baju biru kerana sudi "mengabas" kami... Anda memang terbaik.. Buat pengurusan PLKN Miri, sila jangan "jerak" "mengabas" kami.... 

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang April dan Mei 2013... 
Mun mok tauk lebih banyak gik, juh lah ngabas mekorg...
Kompom xnyesal

Andai inginkan pengalaman tersendiri, jangan malu jangan segan...
Jom selami diri anak-anak...
Lawatan dari pihak luar amat digalakkan...
Jom bantu anak-anak yatim..
Anda bantu di dunia, mereka bantu di "sana"....

Entry seterusnya, pasti lebih menarik, tertatik....
Dan semestinya.....
Da BOOOMMMMMMM....

Tunggu...

Sehingga itu...













Friday, 21 June 2013

Mac 2013 - Aktiviti Kamek Orang Bulan 3





Ni satu lagi aktiviti bulan Mac yang lepas, admin lambat nak update... Maaf... Tak banyak nak cerita, admin kali ni akan biarkan gambar berbicara..

Kata Yuna "Dalam Setiap Gambar, Ada Ceritanya....."

Jom Layann Gambar.....

....
....
....
....

Gambar di bawah adalah sekitar Majlis Tilawah Quran Peringkat Miri..

Alhamdulillah... 2nd place.... Tahniah.. Tahniah,..



Sorotan sepanjang MTQ Miri berlangsung di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya Miri


Majlis Bersama Dinotrek Miri

Jom padankan gambar..
Mari Menggulung... Isi? Ce tekaa...
"Saya ada baloon... Ko ada?"



Aktiviti - aktiviti indoor dah di saji... Jom terjah aktiviti-aktiviti outdoor anak=anak dan kakitangan pulak....

Kasi renggang itu badan... Jyeaahhhhh
Macam ni boleh bu? Bagi lembut saya punya tangan....


Macam best style ya.. Ibu mok juak...
Dan pemenangnya.... Jeng3....

Sekitar Senamrobik Bersama Kementerian Belia & Sukan Miri Sarawak


Banyak dan banyak lagi aktiviti-aktiviti anak untuk bulan March 2013...

Tapi, entry kali ni, admin titikkan di sini..

Diharap semua gambar bisa berbicara "on-behalf" admin....

InsyaAllah entry seterusnya, admin akan update untuk aktiviti-aktiviti bulan-bulan seterusnya...

Pelbagai lagi aktiviti menarik anak-anak yang telah berlangsung....

Sabaarrr.... Nantikan kemunculan entry seterusnya...


WASSALAMMM.......

Saturday, 15 June 2013

01032013 - Qasidah? Jom.... Kamek Sayang Rasul




Assalamualaikum wtb... Entry kali ni, InsyaAllah admin akan ceritakan pengalaman kali pertama anak-anak dibawa ke surau luar, untuk mengikuti salah satu acara atau medium dalam mencurahkan rasa kerinduan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, "QASIDAH".

1 Mac 2013 lepas, anak-anak telah dibawa ke Surau Pujut 9, Miri dan diberi sedikit pendedahan berkaitan dengan Qasidah. Majlis yang dipimpin oleh Saudara Azrul Jaini, nampaknya makin galak dihadiri oleh remaja-remaja yang rindukan penghulu kita.

Anak-Anak & Remaja Miri tengah asyik dengan penerangan
Saudara Abang Azrul Jaini, memimpin qasidah untuk Surau Pujut 9, Miri.

Jom berqasidah..

Lihat di atas, beberapa orang remaja dan anak-anak KKHY sedang memperhalusi qasidah  walaupun kebanyakannya  amatur; terutamanya anak-anak KKHY..
Anak-Anak KKHY mencuba untuk bermain alat muzik, mengiringi alunan indah qasidah.

Semoga dengan pendedahan seni qasidah kepada anak-anak KKHY, timbul minat dalam diri mereka untuk bersama-sama memuji Nabi Muhammad SAW, dengan cara selain dari bernasyid..

Terima kasih buat ahli qasidah Surau Pujut 9 Miri kerana sudi menerima kedatangan kami, dan semoga; ini bukanlah kali pertama dan terakhir kita berganding bahu bagi menambahkan rasa mahabbah kepada Junjungan Tercinta, Nabi Muhammad SAW...

Sedikit hadiah dari pihak KKHY, collage untuk memori bersama yang telah dipahat di Surau Pujut 9, Miri Sarawak pada tanggal 1 Mac 2013...

15062013 - Maafkan Kami

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik... Hampir 4 bulan telah berlalu... Terasa bersalah admin kerana tidak meng"update" info dari pihak KKHY... Bukan kerana tidak mempunyai apa-apa aktiviti.. Cuma terlalu memikirkan aktiviti-aktiviti zahiriah membuatkan admin kurang teringatkan akan kewujudan laman maya yang satu ni...

NAMUN......

Admin tetap "update" setiap aktiviti KKHY di laman muka buku... Tak percaya???

Singgah lah sekejap... Nii haaa link admin sertakan...


Lepas ni, InsyaAllah admin akan update secara cepat, tangkas dan terperinci...
Yuuhhuuuuu......

Sekali lagi, admin mohon maaf, memohon ampun akan keralatan admin selama beberapa bulan ni...

Maafkan kami....