Saturday, 2 February 2013

27012013 - Ziarah Dakwah by Bintulu Iqra' Club




Alhamdulillah.. Subhanallah.. Allahuakbar...

Kali ni, admin nak nuat satu entry yang ringkas, tapi isinya padat.. Kenapa??? Kan selalunya berbunga-bunga bahasa admin??? Sebabnya, admin dah ketinggalan jauh di belakang... Banyak lagi entry yang admin tak sempat nak update untuk anda semua.. Nanti hilang keseronokan dalam kebajikan... Ingat semua, membaca entry pun dapat pahala tau.. Dapat pahala?? Kenapa?? Sebabnya kalau anda semua dah selesai baca entry ni, mesti anda rasa nak share dengan sahabat dan kenalan nanti.. Kan pahala ada di sana... Kikikiiii...

OOOOkkkkaaaayyyyy....

Kali ni admin nak cerita sedikit aktiviti pada minggu lepas... 
Lambatnya aku update benda penting ni <<-- **muka tak bersalah**  

Seperti mana tajuk yang dapat kita lihat, pada 27 Januari 2013 yang lalu, pihak kami telah menerima kunjungan daripada orang luar dari Miri... Uiisshhh.. Jauh bunyinya tuuu..... Jauh lah sangat kalau orang Bintulu yang datang... Ahahahaaa.... At least di luar Miri juga tu okkk..

Nama persatuan diberi, Bintulu Iqra' Club... Itu yang bertulis dalam kertas lerrr... Sebenarnya, yang datang tu, ramaiiiiii... Dari pelbagai persatuan Islam di Bintulu.... 



Sahabat dari Institut Tahfiz Bintulu (ITB) pun datang...

Seawal jam 10.30 pagi, rombongan ini telah tiba terus dari Bintulu dan sepanjang lebih kurang 5 jam bersama, pelbagai aktiviti telah diadakan... 

Antaranya adalah sedikit pengenalan mengenai rombongan yang datang, pengenalan kepada Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, sesi motivasi bersama Ustaz Mukarram.... 


Aktiviti kemuncak yang diadakan sempena program Ziarah Dakwah dalam bulan Cinta Rasul SAW adalah.....

QASIDAH!!!???!!!!!

Alhamdulillah... Setelah sekian lama, akhirnya qasidah memuji baginda Nabi Muhammad SAW akhirnya berkumandang jua di kawasan kompleks ini.. Bukan kerana kejahilan para penghuni di sini berkaitan dengan qasidah.. Cuma usaha untuk mencuba sesuatu yang baru bagi anak-anak yatim ini belum kesampaian...

Jom ushaa sikit persembahan qasidah dari ITB....  





Ehh... Anak-anak pun buat persembahan juga??? Surprise!!!!
Selesai sesi berqasidah dan persembahan dari anak-anak, pemberian saguhati serta penyerahan sumbangan hasil kutipan oleh pihak Bintulu Iqra' Club pun berlangsung.... 




Selesai Zohor berjemaah di surau, acara kemuncak pun tiba... Aieee... Kemuncak apa lagi ni???
Apa lagiiiiiiiiiiii... 

MMMMMAAAAAKKKKAAAANNNNNN!!!!!!!!!

Nyum.. Nyum.. Terima kasih kepada "caterer" yang menyediakan hidangan untuk hari ini.. Alhamdulillah.. Kenyang... Sodap... Marvelloouusss.... Wallllaaaa.... 





Entry kali ni, nampaknya admin biarkan gamabr lebih banyak berbicara.... ehehehhe... Jimat masa aku. ahahaha... 

Baiklah, rasanya cukup sampai di sini entry untuk kali ni.. In shaa Allah, beberapa entry yang sepatutnya sudah siap, entry akan cuba siapkan secepat mungkin.. Keep supporting us..

"Kebajikan Anak-Anak Yatim Tangguingjawab Kita Bersama"


No comments:

Post a Comment