Alhamdulillah... Setinggi-tinggi kepujian dan kesyukuran dizahirkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya dan nikmat kurniaNya, dapat kita melihat dunia pada hari ini... Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta untuk para pewaris Nabi..
In shaa Allah pada entry kali ni, admin akan ceritakan satu lagi aktiviti yang telah diadakan di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup (KKHY)...
Aktiviti apa??
Kali ni, kita lari sikit dari segi kerohanian dan kita masuk sikit ke dalam ilmu bakat terpendam..
Bakat terpendam??
Yupp.... Kali ni, kita nak lihat anak-anak ni, tonjolkan bakat dalam diri mereka...
Macam mana nak tonjolkan bakat???
Senang je... Jom ikuti kisah kamiii.....
"Semua dah ready lom??"
"Udah bu.. Extension pun dah di sedia semua"..
"Baiklah adik-adik sekalian, pada hari ni, kami dari Kolej Komuniti akan mengajar sedikit kemahiran kepada adik-adik, bagaimana cara kita untuk menyediakan kek dan biskut"...
"Tolong bahagikan anda kepada beberapa kumpulan, ada yang sediakan kek dan ada biskut"...
"Baik adik-adik, lepas ni kita akan mulakan aktiviti kita, tapi sebelum tu, akak nak perkenalkan adik-adik dengan bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat hidangan kita pada hari ini"..
Sepuluh minit penerangan, aktiviti pembuatan atau penghasilan biskut dan kek pun bermula.. Bermacam kerenah dan gelagat dapat disaksikan... Sama ada dari anak-anak lelaki, mahupun anak-anak perempuan....
Eh.. Macam "profesional" pula gelagat anak-anak ni... Ada lagi gambar, joom tengok gelagat mereka...
Melihat pada gambar-gambar atas, semangat betul mereka semua..
TAPPIIII.....
Dalam kita semua bersemangat menghasilkan kek dan biskut, terlihat pula anak-anak kecil "menghasilkan" biskut mereka....
Khusyuk nyer anak-anak menunggu hasil usaha mereka siap.... Sabar nak.. Sabar... Ehehe...
Akhirnya, berbunyi lah "PING"....
Apa ertinya bunyi tu??
Ahahahaa... Tandanya ada yang dah masak lah... Nak tengok hasil mereka??
Scroll bawah lagi...
Silakan...
Sila...
Jeng --> Jeng --> Jeng -->
Maaf.... Biskut sahaja dapat di upload... Kek bukan sahaja taks empat upload, nak ambil gambar pun tak sempat... Biasalah.. Barang sedap kan memang selalu habis awall... Nyyyuuummmmm...
Akhirnya, dalam lebih kurang pukul 5 petang, anak-anak selesai beraktiviti dengan pihak Kolej Komuniti dan kami di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup berharap agar para sukarelawan ini akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada pihak kami, agar tautan silaturahim yang telah kita bina bersama, tidak lusuh ditelan masa.... In shaa Allah, apa yang diajar akan anak-anak praktikkan semasa dan selepas tamat persekolahan.....
"Kebajikan Anak-Anak Yatim Tanggungjawab Kita Bersama"